• Short Description
  • Short Description
  • Short Description

Jika Wanita Umpama Ikan :D

8:03 PM
Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?



IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….
INI WANITA BERKERJAYA.. ...


IKAN AROWANA
Kalau yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya.....
So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya. ...
INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas...... ..


IKAN MAS BULU AYAM
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya.
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.....
INI BINI ORANG.......


IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium.
Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya. ... bole hidup kt tmpat kotor sekalipun ...versatile la.....
INI AWEK LAYAN JE, DPT YG OK, OK la ......


IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja.
Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN....... .


IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu.... saja.
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain....
INI BINI SENDIRI..
Read On 0 comments

Don't Throw Away Your ATM Receipt !

7:57 PM
Since all of us have ATM card(s), I would like to share this important
news. My friend saw a man at Novena MRT ATM trying to get all the
receipts out of the ATM bin.

Please read the following message from a friend of mine, it's true.
Please be careful, it's not a joke....

Be careful when u draw cash from ATM with receipt complete with your
account number.

Please never throw the ATM receipt in the public bin even if u used to
tear it into small pieces before throwing it away.

Today, just got a call from my sister that she had lost all her cash
from her account. She threw the receipt into the bin provided at ATM
recently.

Luckily, she only has $633/= in her account.

Not much of suspicious when she was left with $11/= because she thought
it was her petrol GIRO payment, however, that's not true.. She only got
to know it when the petrol company, Mobil cut-off the petrol card's
transaction when she realized something is wrong.




After checking with the bank, she was told that now there is this
syndicate who will pick up the ATM receipt & with their IT expert, they
are able to draw out your money.

The bank will not be able to trace where these people had drawn the
money & how they do it, don't ask me, even the bank can't answer it.

They can only advise you to report the case to the police for
investigation. My sister is the third victim in this month

DON'T THROW YOUR ATM RECEIPT AWAY!
Read On 0 comments

Akademi Fantasia hari ini..

7:38 PM
Hari ni saya dapat satu emel bercerita pasal dunia hiburan kite. Begini ceritanya..

"Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi

Saya menerima beberapa e mail dari rakan - rakan yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu program realiti TV yang semakin hanyut jauh ke kancah maksiat .

Terdapat beberapa adegan berpeluk - pelukan antara pelajar lelaki dan guru perempuan sebaik sahaja peserta lelaki tersebut diisytihar keluar dari akademi tersebut .
Rangkul peluk dan bercium pipi ustaz ! begitulah ayat kawan saya lewat e mail yang dihantar .

Saya bukanlah anti hiburan justeru hiburan dibenarkan oleh syara' . Apa yang jadi masaalah ialah apabila hiburan dicemari oleh adegan dan aksi yang mengundang murka Allah swt .
Saya difahamkan ada pengkritik konsert akademi fantasia ini menyebut Alhamdulillah , syukur awak telah berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik sekali dan Alhamdulillah tarian awak juga cukup menghiburkan ! .........[ sedang penyanyi itu berpakaian seksi habis dan menari pula dengan gaya liuk lintuk mengiurkan ]
Saya hanya tersenyum membaca celoteh geram seorang kawan mengenai perkembangan Akademi Fantasia ini . Saya tidak sempat untuk mengikuti perkembangan akademi fantasia kecuali sekali semasa era Mawi menyertai akademi fantasia . Aura Mawi berjaya menarik perhatian saya untuk sesekali menonton persembahannya jika berkesempatan .

Sejak dulu lagi , Akademi fantasia telah ditegur oleh pelbagai pihak agar tidak menampilkan aksi yang mengundang keruntuhan moral , juga teguran terhadap adegan pelajar dan guru berpelukan serta pergaulan bebas di dalam apartment akademi dan juga perlakuan di atas pentas . Berhibur dan berseronok tidak salah tetapi mestilah mematuhi batasan agar tidak mengundang dosa dan murka Allah swt . Seronoklah buat seketika di atas pentas . Tenggelam dibawah silau cahaya lampu dan hanyut dibuai fantasi serta teruja dek sorakan penonton yang menyokong . tapi .... bagaimana dengan pemerhatian Allah swt ? Saya tahu , sebahagian besar peserta akademi fantasia ini adalah beragama Islam malah sebahagiannya bertudung . Saya yakin mereka faham maksud saya apabila saya bercakap soal dosa dan batasan pergaulan serta penampilan dalam hiburan .

Mestikah untuk menjadi seorang penghibur maka mesti berpakaian seksi , dedah dan berpakaian ketat ? Mestikah juga membuat tarian menggiurkan sehingga merangsang syahwah penonton ? Mestikah lelaki dan perempuan bergaul sebebas itu sehingga berpelukan dan bersilang tangan untuk bergelar bintang pujaan ? Penghibur yang baik mestilah mempunyai kreativiti tinggi untuk menghiburkan penonton tanpa perlu menjaja maruah dengan pendedahan aurat dan mempertaruhkan moral dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta melampaui batas yang dibenarkan oleh syara' .

Penghibur seperti ini sebenarnya bukan penghibur tetapi pemusnah masa depan diri dan masyarakat dengan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan murka Allah swt . Saya benar - benar yakin , bahawa rakan - rakan artis yang beragama Islam khasnya sangat tahu nilai moral , akhlak dan batasan dosa dan pahala . Malang mereka gagal mengawal diri agar tidak terjebak . Mereka biar diri mereka menjadi korban nafsu yang hanya menanti azab kelak di akhirat . Inilah masaalah kepada dunia artis . Dunia yang sangat jauh dan asing dengan ilmu agama dan petunjuk Allah swt . Mereka mempunyai dunia dan planet mereka sendiri yang sukar diselaraskan dengan kehendak agama .

Saya masih yakin , jika kerajaan ini adalah kerajaan Islam atau paling tidak kerajaan yang bermoral dan mesra agama , dunia hiburan negara masih boleh diselamatkan agar tidak keterlaluan meniru gaya dunia artis dari barat yang tidak bertuhan . Sebagai contoh di akademi fantasia , penganjur boleh adakan slot solat berjamaah setiap waktu dan setiap kali selepas solat atau paling tidak selepas subuh dan maghrib adakan siri tazkirah dan kuliah agama oleh ustaz - ustaz yang berilmu . Agar lahir seorang penghibur atau penyanyi yang bukan sahaja tahu batas dosa pahala tetapi benar - benar memahami tanggungjawab mereka seorang muslim .

Sekurang - kurangnya , melalui tazkirah agama menjadikan mereka benar - benar bertanggungjawab dalam bidang hiburan bukan untuk menambah dosa dan memerangkap manusia dalam kepungan mungkar . Memang kedengaran pelik untuk adakan tazkirah dan solat berjamaah di akademi fantasia , tetapi boleh dilakukan bahkan wajar dilaksanakan . Hebat manapun artis dan setinggi mana ia mendapat pujaan dan anugerah ia tetap makhluk Allah yang mesti solat mengabdikan diri kepada Allah swt . Sementara tazkirah itu satu peringatan agar tidak leka dan alpa sehingga melakukan sesuatu yang keterlaluan dan mengundang murka atau bala Allah swt . Peraturan dan ketetapan boleh dibuat oleh pihak berkuasa dan ia mesti dipatuhi . Masaalah yang kita hadapi ialah pihak berkuasa sendiri tidak memiliki kesedaran yang dimaksudkan sebalik turut menggalakkan maksiat dan mungkar . Benarlah kata hukama' Manusia berada di atas cara hidup pemimpin mereka .

Hari ini ramai orang menganggap agama sebagai penghalang dan ini adalah salah sangka yang sengaja ditiupkan oleh musuh Islam dan golongan orientalis untuk menimbulkan fitnah dan rasa jelek masyarakat terhadap Islam . Padahal Islam tidak datang untuk menghalang tetapi mengislah atau memperbaiki keadaan agar menjadi baik . Sebagai contoh , umum mengetahui betapa manusia perlukan hidup berpasangan . lelaki perlukan perempuan maka demikian sebaliknya . Maka kedatangan Islam bukan menghalang fitrah ini tetapi mengislahkannya dengan sedikit peraturan seperti ijab qabul agar tidak berlaku perlakuan zina , sumbang mahram , rogol , lesbian , homoseks dan pergaulan bebas kerana ia merosakkan jiwa dan membinasakan nasab keturunan .

Demikianlah jua dengan hiburan . islam datang tidak menghalang hiburan kerana memahami manusia perlukan hiburan. Tetapi Islam memulihkan keadaan hiburan agar tidak cemari oleh arak , dadah , pil ectasy , pergaulan bebas , pengabaian terhadap solat dan pendedahan aurat termasuklah lirik lagu yang tidak memuja nafsu atau mendorong ke arah penguasaan nafsu . Selebihnya berhiburlah dan ia dibenarkan oleh syara' . Kalau kita dengar ucapan penyanyi sewaktu menerima anugerah atau pujian orang terhadap persembahan mereka , spontan mereka menjawab syukur alhamdulillah ! tanpa izin Allah , saya tidak akan sampai ke tahap ini ! .....[ biarpun sedang ia berucap dengan kalimah demikian , pakaiannya mendedahkan separuh dada dan kainnya terbelah ke paras pangkal paha dan bersilang tangan dengan teman lelaki .] Ertinya mereka keliru dan masih memiliki aqidah biarpun sekelumit dan saya percaya mereka masih ada harapan untuk dididik dan diselamatkan . Cuma kerajaan atau pihak berwajib mesti adakan program kesedaran dan motivasi keagamaan yang berkesan dan bertyerusan untuk mereka .

Jangan hanya mereka tahu menyebut kalimah Alhamdulillah tetapi mereka mesti kenal siapa Allah swt dan bagaimana untuk bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan Allah swt .

Wallahua'lam.."
Read On 0 comments

Tiada Lagi Sambutan Kemerdekaan?

6:52 PM
Jika anda berniat untuk merasai kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 pada tengah malam 31 Ogos nanti, mungkin hasrat itu terpaksa dilupakan seketika atau sekurang-kurangnya sehingga 2011.
Ia kerana acara yang dirai penuh meriah itu pada setiap 31 Ogos itu buat julung kalinya tidak disenaraikan di dalam kalendar rasmi perayaan Bulan Kemerdekaan pada Ogos sehingga September ini.
Sebaliknya, menurut laman web Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, beberapa acara bercorak keagamaan bakal disusun bagi mengisi program sambutan kemerdekaan negara yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadan.
Apa yang menarik, jadual beberapa acara sempena perayaan kemerdekaan negara kali ini juga dianjak lebih awal oleh Cawangan Acara dan Protokol, Bahagian Pengurusan Acara di kementerian tersebut sebagai menghormati bulan Ramadan.
Antaranya ialah Sayembara Puisi Merdeka di Ipoh pada 13 Jun, Pertandingan Kuiz Kemerdekaan 2009 di Melaka pada 9 Julai dan Pertandingan Akhir Debat Kemerdekaan Ala Parlimen di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada 18 Ogos.
Bulan Kemerdekaan yang pada kebiasaannya bermula dari 17 Ogos hingga 16 September turut tiada dalam kalendar acara anjuran kementerian itu kali ini.Ia sebaliknya diganti dengan Majlis Semarak Ramadan dan Gema Aidilfitri.




Bagus juga idea-idea macam ni. At least ada sesuatu yang bermanfaat untuk diraikan sambil menghormati bulan mulia....
Read On 0 comments

Welcome to My Blog!!

1:43 AM
Dear Surfers,

Welcome to my very first blogsite!

More cool stuffs awaits u!
Read On 0 comments

i-Webz Share

Chat Online with eWallz!

Tetamu i-Webz